Translate Web Page



Friday, September 29, 2006

PULUT PANGGANG










BAHAN-BAHAN

170 g beras pulut – rendam semalaman

½ biji kelapa parut ( diambil 2 camca besar untuk inti, bakinya ambil 135 ml santan)

½ camca teh garam

2 helai daun pandan

8 helai daun pisang ( bersaiz 15 cmX13 cm setiap satu)

16 batang lidi yang panjangnya 2.5cm setiap satu

Inti:

60 g udang hidup – cincang halus

10 g / 1 camca besar udang kering – tumbuk halus

2 camca besar kelapa parut putih

1 ulas bawang putih }

4 ulas bawang merah }

½ batang serai dihiris halus } kisar halus

½ camca teh rata jintan manis }

2 biji cili merah }

serbuk kunyit

2 camca teh gula pasir

1 camca besar minyak

garam secukup rasa

CARA

  1. Panaskan pengukus
  2. Alas loyang dengan daun pandan, masukkan pulut yang telah ditoskan. Masukkan santan dan garam.
  3. Kukus pulut hingga masak dan lembut.
  4. Panaskan minyak, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dn goreng hingga agak kering.
  5. Masukkan kelapa dan bahan perasa. Goreng lagi sehingga hampir kering. Sesuaikan rasa dan angkat.
  6. Bahagikan pulut keapda 6 – 8 bahagian.
  7. Letakkan satu bahagian pulut atas daun pisang, leperkan dan letakkan intinya secara memanjang. Gulungkan ketat dengan semat kedua-duanya dengan lidi.
  8. Buat begitu hingga pulut habis.
  9. Grilkan sehingga garing
  10. Hidangkan selepas dikemaskan dengan menggunting daun dikedua-dua belah.

PULUT INTI


BAHAN-BAHAN

180 g beras pulut – direndam semalaan atau selama 6 jam

½ biji kelapa parut – diperah 250 ml santan

½ camca the garam

8 helai daun pisang yang dilayur bersaiz 15cm X 20cm

Inti:

½ biji kelapa parut putih – kelapa yang dibuang kulit arinya

¼ keeping gula melaka – diracik

30 g gula pasir

2 camca besar air

1 helai daun pandan

CARA

  1. Masak air anggaran ½ periuk pengukus.
  2. Basuh pulut dan toskan. Masukkan dalam dulang pengukus. Kacau selama 10 minit.
  3. Masukkan santan dan kacau rata. Kukus lagi hingga pulut masak selama kira-kira 20 – 25 minit.
  4. Sediakan inti kelapa. Cairkan gula di atas api sederhana agar tidak hangus.
  5. Masukkan kelapa dan daun pandan. Masak hingga adunan lembut dan kering.
  6. Keluarkan dari kuali dan biarkan ianya sejuk.
  7. Sediakan kuih. Senduk 1 camca besar ulut ke atas daun pisang. Bubuh 1 camca teh inti ke atas pulut. Bungkuskan kuih itu. Ulang hingga pulut dan intinya habis. Gunakan acuan lompang. Letakkan sedikit daun pisang. Letakkan inti dan amsukkan pulut.
  8. Tarik keluar daun pisang bersama pulut dan inti.
  9. Hidangkan dalam pinggan hidang.

SERI MUKA


BAHAN-BAHAN

Lapisan pulut:

170 g beras pulut – rendam semalaman

1 biji kelapa parut putih – ambil 180 ml pati santan dan 145 ml santan kemancar

2 helai daun pandan

sedikit garam

Lapisan atas:

40 g tepung gandum

165 g gula pasir

180 l pati santan

3 biji telur

35 ml air daun pandan pekat

CARA

  1. Panaskan pengukus.
  2. Masukkan pulut ke dalam loyang bersama santan cair, garam dan daun pandan. Kukus sehingga pulut masak. Tekan dan kukus semula.
  3. Kacau gula dan telur sehingga sebati dan masukkan santan
  4. Kacau hingga gula larut dan masukkan tepung. Masukkan air pandan dan kacau rata.
  5. Apabila sebati tapis adunan dengan kain maslin.
  6. Masukkan ke atas bahagian pulut yang telah ditekan dan kukus lagi.
  7. Pastikan api kukusan agark sederhana besar.
  8. Kukus sehingga lapisan atas tidak goyang lagi.
  9. Biarkan sejuk barulah dipotong.
  10. Hidangkan.

KUIH KELADI

BAHAN-BAHAN

125 g tepung beras

50 g tepung ubi

½ biji keladi sederhana besar

5 biji bawang merah

1 camca teh bijan

1 liter air

1 pokok daun bawang

1 camca besar lobak asin cincang

3 biji lada merah

1 camca besar udang kering

2 camca besar kacang ditumbuk

garam

minyak

CARA

  1. Basuh semua sayuran, timbang tepung
  2. Potong dadu keladi
  3. Potong daun bawang, hiris bawang, lobak asin, cincang cili dan udang kering.
  4. Goreng kacang, bijan dan bawang
  5. Jerangkan pengukus
  6. Kemudian goring udang kering dan lobak asin hingga berbau wangi
  7. Buatkan batter dan masukkan keladi tadi ke dalam bater dan kacau semula di atas api hingga pekat sedikit.
  8. Kemudian masukkan ke dalam loyang yang panas dan kukus hingga masak.
  9. Hiaskan dengan bawang goreng, daun bawang, lobak asin dan udang kering.

MINUMAN TEMBIKAI BERSODA

BAHAN-BAHAN

½ biji nanas – parut dan ambil jusnya

150 g gula pasir – buat sirap

250 ml air – buat sirap

½ biji tembikai

1 biji limau nipis

½ botol ais krim soda

Hiasan:

Daun pudina

CARA

  1. Keluarkan isi tembikai. Sebahagian darinya dipotong dadu kecil dan sebahagian lagi dikisar untuk jusnya.
  2. Perah jus limau nipis.
  3. Campurkan semua air buah-buahan . masukkan ais krim soda dan sirap yang telah disejukkan. Kacau sebati dan sesuaikan rasa.
  4. Masukkan dalam jag dan sejukkan.
  5. Hiaskan dengan daun pudina.

PUNCH BUAH-BUAHAN

BAHAN-BAHAN

2 cawan air panas

2 cawan air sejuk

¼ cawan nanas dadu

½ cawan orange crush

1 biji jus limau

1 biji jus lemon

2 cawan ais krim soda

2 cawan ais – hancurkan

CARA

Campurkan semua bahan hingga sebati dan hidangkan bersama ketulan ais. Sejukkan.

AIR KELAPA

BAHAN-BAHAN

1 biji kelapa muda

125 g gula pasir - sirap

125 ml air sejuk – sirap

500 ml air sejuk

isi kelapa yang dikikis

CARA
  1. Sediakan air sirap, tapis dan sejukkan.
  2. Tuangkan air kelapa kei dalam jag.
  3. Belah kelapa dan kikiskan isinya dengan camca the.
  4. Bubuh isi kelapa ke dalam jag tadi
  5. Masukkan sirap dan tambahkan air sejuk ke dalamnya
  6. Hidangkan sejuk

PUNCH TEA

BAHAN-BAHAN

1 camca teh serbuk teh

½ cawan air mendidih

250 ml air

100 g gula pasir

½ botol ais krim soda

2 biji limau nipis

1 biji oren

daun pudina dan ceri – hiasan

CARA

  1. Buat sirap, tapis dan sejukkan.
  2. Biarkan daun teh terseduh dalam ½ cawan air mendidih, kemudian tapis dan sejukkan.
  3. Perah jus limau nipis dan oren.
  4. Campurkan semua bahan dan sejukkan sebelum menghidang.

AIR NANAS

BAHAN-BAHAN

1 biji nans kecil – kupas dan parut / kisar

1 biji limau nipis – ambil jusnya

125 g gula pasir } sirap

125 ml air } sirap

875 ml air masak sejuk

ketulan ais

Hiasan:

Hirisan nanas

Daun pudina

4 biji ceri merah

CARA

  1. Sediakan sirap dan sejukkan
  2. Perah nanas yang diparut ambil jusnya, campurkan sirap, jus limau dan air masak sejuk. Hidangkan

AIR BELIMBING

BAHAN-BAHAN

2 biji belimbing

125 g gula pasir

125 ml air

ketulan ais

875 ml air sejuk

Hiasan:

Beberapa hiris belimbing

Daun pudina

1 biji ceri

CARA

  1. Masakkan gula bersama 125 ml air untk dijadikan sirap dan sejukkan.
  2. Belahkan belimbing dan dapatkan jusnya dengan menggunakan pengisar.
  3. Tapis jus belimbing ke dalam jag
  4. Tambahkan sirap dan air sejuk. Sejukkan di dalam peti sejuk
  5. Masukkan ketulan ais. Hiaskan tepi gelas dengan hirisan belimbing sebelum dihidang.

JUS TEMBIKAI

BAHAN-BAHAN

¼ biji tembikai

1 biji limau nipis

100 g gula pasir

150 ml air

1 liter air masak sejukketulan ais

Hiasan:

Daun pudina

Isi tembikai di dadu kecil atau bebola.

CARA

  1. Masakkan gula bersama 125 ml air untuk dijadikan sirap dan sejukkan.
  2. Ketepikan sedikit isi tembikai untuk hiasan. Kosar isi tembikai yang lain ke dalam pengisar atau mesin pemerah jus.
  3. Tapis ke dalam jag. Campurkan dengan 1 liter air masak sejuk ke dalamnya. Tambahkan sirap dan kacau.
  4. Tuangkan ke dalam gelas, masukkan ketulan ais dan hiaskan dengan daun pudina untuk dihidangkan.

JUS OREN / LIMAU

BAHAN-BAHAN

2 biji oren / 3 biji limau nipis

100 g gula pasir

125 ml air

1 liter air masak sejuk

Hiasan:

Hirisan oren / limau

Daun pudina

4 biji ceri merah

CARA

  1. Masakkan gula bersama 125 ml air untuk dijadikan sirap dan sejukkan . bersihkan oren / limau dan belah dua melintang.
  2. Perahkan jusnya.
  3. Campurkan jusnya kedalam sirap yang telah sejuk.
  4. Campurkan air serta masukkan ke dalam jag. Sejukkan dalam peti sejuk.
  5. Hias dengan sehiris oren, ceri serta daun pudina dan hidangkan.

TEH CINA

BAHAN-BAHAN

1 paket teh cina

air mendidih secukupnya

CARA

  1. Masukkan teh cina ke dalam teko dan tuangkan air mendidih. Biar selama 10 minit
  2. Tapis dan hidangkan.

TEH TARIK

BAHAN-BAHAN

2 camca besar serbuk teh

500 ml air panas

50 ml susu pekat manis

CARA

  1. Masukkan teh ke dalam teko.
  2. Tuangkan air yang betul-betul mendidih ke dalam teh dan seduhkan sebentar.
  3. Apabila warna teh cukup terang, masukkkan susu dan kacau
  4. Sediakan 2 kole
  5. Tuangkan separuh air teh ke dalam satu daripada kole itu
  6. Tarik teh menggunakan dua kole tersebut dengan mengangkat tinggi kole berisi air teh dan dituangkan ke dalam koleh yang satu lagi di bawahnya
  7. Ulangi prose menarik teh ini beberapa kali sehingga naik buih
  8. Hidangkan di dalam mug atau gelas kaca
  9. Ulangi proses yang sama pada teh yang selebihnya.

AIR TEH BUAH PELAGA

BAHAN-BAHAN

2 camca besar serbuk teh

air mendidih

2 biji buah pelaga

50 ml susu pekat manis


CARA

  1. Panaskan air. Apabila mendidih masukkan serbuk teh dan buah palaga. Panaskan selama 1 minit
  2. Angkat dan biarkan 10 minit. Masukkan susu pekat dan rasa kemanisannya.

AIR TEH

BAHAN-BAHAN

3 beg the uncang

80 gram gula haslus

1 jag kecil susu cair

air panas mendidih

CARA

  1. Didihkan air dan tuang ke dalam teko yang mengandungi the uncang
  2. Biarkan terseduh sekejap sebelum dihidang dengan gula dan susu berasingan.

AIR KOPI / NESCAFE

BAHAN-BAHAN

20 gram serbuk kopi / Nescafe

500 ml air mendidih

1 jag kecil susu panas.

80 gm gula halus / kastor

CARA

  1. Sediakan air masak yang mendidih
  2. Panaskan teko kopi dengan sedikit air panas
  3. Masukkan serbuk kopi dan tuangkan air mendidih dan kacau sebati.
  4. Tutup teko dan biarkan terseduh selama 10 minit
  5. Kacau dan tapis air kopi ke dalam teko lain
  6. Hidangkan bersama susu panas dan gula kastor halus berasingan.

AIR BANDUNG SELASIH

BAHAN-BAHAN

½ cawan sirap ros
½ gelas susu cair
1 gelas soda aiskrim

½ cawan selasih
1 cawan cincau
Ais secukupnya

CARA

  1. Rendam selasih hingga kembang.
  2. Cincau dipotong kecil-kecil.
  3. Campur semua bahan dan kacau sebati.
  4. Masukkan ais dan hidangkan.

AIR CINCAU

BAHAN

untuk seorang :
air (anggaran)
satu sudu cincau
dua sudu susu pekat manis/susu cair
satu sudu sirap ros
beberapa ketul kiub ais.


CARA

  1. Masukkan satu sudu sirap kedalam gelas,tambahkan dengan air.
  2. Gaul sebati kemudian masukkan susu pekat manis dan satu sudu cincau.
  3. Masukkan beberapa ketul kiub ais.
  4. Hidangkan.

AIR LASSI

BAHAN-BAHAN

2 cawan yogurt

3 cawan air batu

gula secukup rasa

CARA

  1. Pukul yogurt sehingga licin dan kacau perlahan-lahan dengan air batu.
  2. Maniskan dengan gula.
  3. Sedia untuk dihidang.

KOPI EGG NOG

BAHAN-BAHAN

1 camca teh serbuk Nescafe

1 camca the kuning telur

½ cawan susu cair

2 camca the gula pasir

esen vanilla

CARA

  1. Bancuh kuning telur dengan gula
  2. Panskan susu, masukkan serbuk Nescafe dan sebatikan
  3. Tuangkan kepada kuning telur dan kacau lagi
  4. Pukul putih telur dengan esen vanilla hingga naik dan berbuih
  5. Masukkan ke dalam bancuhan susu.
  6. Hidangkan dalam gelas / mug.

AIR BARLI

BAHAN-BAHAN

2 camca besar barli

4 camca besar gula pasir

1.5 liter air

1 biji limau nipis

CARA

  1. Cuci barli, rebus dengan 1.5 liter air. Biar merenih selama 1 jam hingga menjadi 1 liter.
  2. Masukkan gula dan biarkan larut.
  3. Tapis dan sejukkan dalam jag.
  4. Perahkan air limau ke dalam air barli dan sedia untuk diminum

AIR SIRAP BANDUNG

BAHAN-BAHAN

1 tin ais krim soda

¾ jag air masak

1 camca besar sirap merah

air sirap secukupnya

½ tin susu cair

sedikit garam

½ camca the perasa pisang jika perlu

CARA

  1. Campurkan sirap dengan air dan bila telah rata campurannya baru bancuhkan pula dengan susu cair.
  2. Kacau hingga berbuih atau gunakan pengisar.
  3. Masukkan pula ais krim soda dan sedikit garam. Kacau lagi.
  4. Bila telah sebati dan berbuih masukkan ketulan air batu,

AIR MILO / OVALTINE

BAHAN-BAHAN

1 liter susu sejuk

2 camca besar milo / ovaltine

2 camca besar gula halus


CARA

  1. Masukkan semua bahan dalam jag.
  2. Bancuh hingga gula dan milo larut.
  3. Sejukkan dalam peti sejuk. Hidangkan dalam gelas.

AIR HORLICK

BAHAN-BAHAN

4 camca teh horlick

800 ml air suam ( bancuhkan dengan 4 camb penuh susu tepung )

Gula secukup rasa

CARA

  1. Bancuh horlick dengan sedikit bancuhan susu.
  2. Panaskan susu yang lebih.
  3. Masukkan susu ke dalam bancuhan horlick dan panaskan selama 3 minit
  4. Masukkan gula dan hidangkan panas-panas.

AIR KOKO

BAHAN-BAHAN

40 g serbuk koko

1 mangkuk gula haslus / kastor

1 liter susu UHT


CARA

  1. Campukan kok dengan 60 ml susu UHT dan kacau seketika.
  2. Panaskan susu berlebihan dalam periuk.
  3. Tuangkan susu ke dalam koko dan bilas periuk. Jerang semula campuran itu di dalam periku,
  4. Masak hingga mendidik supaya bijian kanji dalam koko masak.
  5. Renihkan selama 1- 2 minit.
  6. Hidang berasingan dengan gula.

BANCUHAN SUSU TEPUNG

BAHAN-BAHAN

20 g susu tepung

500 ml air masak suam


CARA:

  1. Masukkan susu tepung ke dalam separuh sukatan air suam dan kacau sehingga larut.
  2. Masukkan kesemua iar suam dan kacau sebati.
  3. Sedia untuk dihidang