1 buku keledek sederhana – rebus }
30 g tepung ubu } untuk doh kental
30 g tepung gandum – diayak
1 camca besar air jika perlu
60 g gula pasir
½ kuali minyak untuk menggoreng
CARA
- Berus dan bersihkan keledek. Rebus tanpa dibuang kulitnya hingga masak dan empukk.
- Buangkan kulit keledek dan lecekkan keledek di dalam mangkuk adunan.
- Masukkan tepung dan gaulkan. Tambahkan air jika perlu dan ulikan lagi menjadi doh yang kental.
- Gulungkan doh di atas papan canai seupaya menjadi sosej panjang dengan diameter berukuran 2.5 cm dan bahagikan kepada 8 bahagian yang sama besar.
- bentukkan tiap-tiap satu bahagian menjadi bulat dan ratakan sedikit. Buatkan lubang di tengah bahagian yang rata dengan hujung jari atau hujung senduk kayu. Kemaskan semula bentuknya.
- Ulangi proses yang sama pada bahagian doh selebihnya.
- Panaskan minyak anggaran ½ kuali. Sediakan bekas pengetus yang beralas kertas penyerap minyak.
- Goreng kuih sehingga kuning dan angkat ke dalam pengetus.
- Tapiskan minyak daripada kuali ke dalam periuk.
- Gunakan kuali untuk menyediakan gula saduran. Bubuh gula dan air. Masak air gula sehingga betul-betul pekat.
- Masukkan kuih ke dalamnya dan gaulkan rata-rata di dalam air gula pekat itu.
- Kecilkan api dan terus mengacaunya sehingga air gula berhablur.
- Keluarkan dari kuali, sejukkan dan hidangkan dalam pinggan.
No comments:
Post a Comment