Translate Web Page



Friday, December 08, 2006

CUCUR UDANG


BAHAN-BAHAN

125 g tepung gandum

½ camct baking powder

1 biji telur

125 ml air

garam

150 g udang sederhana besar – buang kulit dan tinggalkan bahagian ekor sahaja.

1 biji bawang besar – dadu

2 biji cili merah – buang biji dan didadu

1 tangkai daun bawang – dimayang

1 tangkai daun saderi – dimayang

½ kuali minyak untuk menggoreng

Sos cili:

3 ulas cili merah

1 ulas bawang putih

1 cams gula

1 camt garam

½ camt cuka

CARA

  1. Bersihkan dan potong semua sayuran
  2. Sediakan batter

a) Masukkan telur di tengah-tengah tepung

b) Masukkan air perlahan-lahan dan kacau rata untuk menjadi batter pekat

c) Masukkan semua bahan kecuali udang

  1. Panaskan minyak untuk menggoreng.
  2. Panaskan senduk ke dalam minyak. Angkat senduk, masukkan adunan ke dalam senduk dan letakkan udang di tengahnya.
  3. Goreng seketika hingga cucur udang lekang dari senduk.
  4. Sekali-sekala balikkan cucur udang dan goreng lagi dengan api sederhana hingga garing.
  5. Angkat dan toskan,
  6. Kisar cili merah dan bawang putih hingga lumat.
  7. Masukkan di dalam sos pan atau kuali. Tambahkan garam, gula dan cuka,
  8. Masak hingga mendidih
  9. Hidangkan cucur udang bersama sos cili atau kuah kacang.

GORENG PISANG / KELEDEK

BAHAN-BAHAN

1 biji pisang raja / pisang abu / pisang nipah

2 camb penuh tepung beras

sedikit air kapur

sedikit garam

sedikit serbuk kunyit

4 camb air sejuk

½ kuali minyak untuk menggoreng

CARA

  1. Buat bancuhan batter menggunakan tepung, air, air kapur, garam dan serbuk kunyit. Kacau hingga rata.
  2. Panaskan minyak dalam kuali untuk menggoreng
  3. Kupas pisang dan belah secara memanjang
  4. Apabila cukup panas, celupkan pisang ke dalam batter dan goring
  5. Balikkan sekali sekala dan goreng lagi sehinga garing.
  6. Angkat dan toskan.
  7. Hidang semasa masih panas.

ROASTED HERB CHICKEN

Ingredient:
1 4-pound chicken
One quarter cup butter
1 sweet onion, chopped
2 cloves garlic, minced
1 10-oz. package frozen spinach, thawed and drained
1 Tbsp. dried sage
1 tsp. dried rosemary
One quarter cup lemon juice
One quarter cup cream
12 oz. season bread stuffing
1 cup water

Melt butter in a large skillet and saute onion and garlic. Add spinach, sage and rosemary. Combine water and stuffing and stir until water is absorbed. Add spinach mixture to stuffing, stir in cream and lemon juice and mix well. Rinse out chicken and spoon in stuffing mixture. Bake stuffed chicken in 350 degree oven for 2 hours or until chicken is golden brown and cooked through.

The Skinny: Use fat free Half and Half in place of the cream.

PACERI TERUNG

BAHAN-BAHAN
  • 3 biji terung panjang
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 2 cawan santan pekat
  • 1btg kulit kayu manis
  • 1 biji bunga lawang
  • 2 biji bunga cengkih
  • 2 sudu besar udang kering
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah/ 1/2 biji bawang besar
  • minyak untuk menumis
  • 3-4 biji belimbing buluh(optional)
  • 3-4 biji lada hijau(optional)
  • 1/4 keping gula melaka
  • garam secukup rasa

CARA

  1. Kisar bawang putih, bawang merah, udang kering. Gaulkan dengan rempah kari.
  2. Terung dipotong 2 dan setiap bahagian tu belah 4 tapi jgn sampai terputus
  3. Tumis bahan kisar dengan rempah kari , kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan santan, biarkan sampai mendidih.
  5. Kemudian masukkan terung, belimbing, lada hijau, garam dan gula melaka. Masak sehingga kuah pekat.
Rasakan masin manisnya. kalau ada yg terkurang bolehlah ditambah

AYAM PERCIK

BAHAN-BAHAN

1 sekor ayam yang dipotong 4

1 1/2 cawan santan pekat

2 biji bawang putih

1 labu bwg besar

2 cm halia

2 batang serai

1 camca kecil ketumbar

1/2 camca kecil jintan putih

1/2 cawan tepung beras

sedikit air asam jawa@asam keping

cili kering (optional... kalau nak kuah merah)

garam dan gula secukup rasa

CARA

  1. Kisar bawang,halia,serai, ketumbar,jintan..perap selama ½ jam.
  2. Masukkan ayam yang telah diperap bersama tepung beras yang digaul sekali dengan santan beserta bahan lain ke dalam periuk dan masak sehingga ayam agak-agak ¾ masak dan kuah agak pekat.
  3. Angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dalam loyang pembakar.
  4. Bakar dalam oven dengan suhu 200 darjah dlm ½ jam atau agak keperangan.
  5. Hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi dan hias mengikut selera masing-masing.

AYAM MASAK MERAH

BAHAN-BAHAN

½ ekor ayam

garam kunyit

1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

½ cawan sos cili

½ cawan sos tomato

½ cawan kicap

2 sudu besar sos tiram

sedikit air

1cm halia

3 sudu besar cili giling- boleh tambah kalau nak lagi pedas

CARA

  1. Bersih ayam dan potong kecik-kecik. Perapkan dengan garam kunyit selama 5 minit. Goreng dalam minyak penuh sehingga 2/3 masak.
  2. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia.
  3. Ambil 2-3 sudu besar minyak goreng ayam tadi. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
  4. Masukkan cili giling. Tumis sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan sos, kicap, sedikit air dan ayam. Masak sehingga kuah pekat.

NASI AYAM MADU

BAHAN-BAHAN

2 cawan beras

¼ bawang besar

2 sudu mentega

sehelai daun pandan

2 kiub ayam

madu

kicap pekat

½ ekor ayam

1 sup bunjut adabi

sos tiram

½ sudu serbuk lada putih

½ inci halia

3 ulas bawang putih

Hiasan

daun bawang

daun sup

bawang goreng

daun salad/timun

CARA

  1. Bersih ayam. Potong ikut suka
  2. Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
  3. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
  4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambi1 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
  5. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
  6. Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi
  7. Sedia untuk dihidang.

Thursday, December 07, 2006

RENDANG KASTURI

BAHAN-BAHAN

50 g kacang hijau – basuh dan rebus sehingga empuk

20 g gula pasir

25 g kelapa parut

2 camca teh tepung sagu

Batter sadur:

25 g tepung beras basah

10 g tepung gandum

garam secukup rasa

air secukupnya

1 camt gula pasir

beberapa titik air kapur

CARA

  1. Menyediakan batter. Campurkan kesemua bahan kecuali air dan air kapur.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan beberapa titik air kapur.
  3. Menyediakan doh kacang hijau. Basuh dan rebus kacang hijau sehingga empuk.
  4. Masukkan gula, masak hingga kering.
  5. Masukkan kelapa parut dan tepung sagu. Kacau hingga rata.
  6. Bahagikan kepada 6 – 7 bahagian, bulat dan leperkan.
  7. Menyediakan rendang kasturi. Panaskan minyak dalam kuali, bila minyak panas celup kacang hijau dalam batter dan goreng.
  8. Bila rendang kasturi sudang garing, angkat, toskan dan hidangkan.

PIE TEE

BAHAN-BAHAN

Inti:

¼ batang timun

½ keeping tauhu dan goring

1/6 sengkuang kecil – juliennie

1/3 batang lobak

2 helai daun sadri / bawang

30 g udang – buang kulit dan dadu

2 camb taugeh – buang ekor

3 ulas bawang merah minyak

garam

gula

lada sulah

Batter:

75 g tepung gandum

15 g tepung beras / jagung

1 biji telur

150 ml air

Sos cili:

2 biji lada merah

1 camb sos tomato

1 ulas bawang putih

CARA

  1. Sediakan inti

a) Panaskan minyak, masukkan bawang dan udang

b) Masukkan sengkuang. Lobak, timun dan taugeh

c) Masukkan tauhu

d) Masukkan garam, lada sulah, angkat dan toskan inti.

  1. Sediakan sos cili.

a) Kisar semua bahan

b) Sesuaikan rasa

  1. Sediakan batter

a) Masukkan telur ke dalam tepung, masukkan air sedikit demi sedikit, kacau dan dapatkan adunan yang licin.

b) Panaskan acuan sehingga cukup panas dalam minyak yang penuh dan celupkan ke dalam batter.

c) Goreng sehingga garing dan angkat

d) Masukkan intinya

e) Letakkan sos apabla hendak dihidangkan atau dihidangkan secara berasingan bersama sos.

SOM-SOM

BAHAN-BAHAN

60 gram tepung beras

500 ml santan – ½ biji kelapa

sedikit garam

2 helai daun pandan

Kuah:

90 g gula pasir atau ½ keeping gula melaka

100 ml air

2 helai daun pandan

CARA

  1. Bancuh tepung beras dengan santan dan garam.
  2. Masakkan dalam periuk. Kacau sehingga pekat dan mendidih. Daun pandan disimpul dan dimasukkan ke dalamnya dan dikacau bersama.
  3. Kacau jangan bergentel.
  4. Angkat, masuk dalam acuan dan sejukkan.
Menyediakan kuah, campurkan gula pasir / gula melaka yang telah dikikis bersama dengan air dan daun pandan, masak sehingga gula larut. Hidangkan som-som bersama dengan air gula

TAKO

BAHAN-BAHAN

12 helai daun pandan-untuk bakul/bekas 2.5cm persegi

LAPISAN HIJAU:

15g tepung jagung

200ml air(campur sedikit daun pandan)

50g gula pasir

5biji sengkuang cina-dikupas dan dipotong dadu kecil

LAPISAN ATAS:

10g tepung beras

200ml pati santan

5g tepung

secubit garam

CARA

  1. Membuat lapisan hijau.

-campurkan tepung jagung dan gula.Bancuh dgn sedikit air.

-masukkan baki air dan jerang atas api perlahan.Sentiasa kacau hingga pekat.

-Masukkan sengkuang cina.Kacau beberapa ketika dan tuangkan ke dalam bekas yg diperbuat drpd daun pandan hingga separuh bekas.

2. Membuat lapisan putih

. –campurkan tepung dengan gula.Bancuh dangan sedikit santan.

-Campurkan baki santan dan jerang atas api perlahan.Kacau hingga

dapat kepekatan yg dikehendaki.

-Tuangkan adunan ke atas hijau tadi

-sejukkan dan masukkan ke dalam peti sejuk.

KUIH BAKAR BERLAUK

BAHAN-BAHAN

1 helai daun pandan

70g tepung gandum

190ml santan dari ½ biji kelapa

1 ½ biji telur

garam

20g minyak sapi

2camt rata rempah korma/kari daging

sehiris halia

sehiris lengkuas

1 ulas bawang merah

1 ulas bawang putih

½ batang serai-hiris bulat

1 tangkai daun bawang-mayang halus

1 tangkai daun sup-mayang halus

1 biji cili merah-cincang

sedikit bawang goring-5 ulas bawang merah dimayang digoreng

50g daging/ayam-dicincang

CARA

  1. Ramas telur dan daun pandan,masukkan santan dan garam.Tapis dan masukkan adunan ke dalam tepung dan jadikan bancuhan batter.Rehatkan seketika.
  2. Kisarkan halia,lengkuas,bawang merah,bawang putih dan serai.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.Masukkan pes kari/kurma.
  4. Apabila rempah agak masak,masukkan daging cincang dan sesuaikan rasa.Kemudian angkat.
  5. Tumiskan daun bawang,daun sup dan cili merah dengan minyak sapi.Ketepikan untuk hiasan.
  6. Panaskan petintin yang telah dilenser.Massukkan batter ke dalam petintin,masukkan inti yang telah dimasak.
  7. Bakar dalam oven pada suhu 180 c
  8. Angkat dan hiaskan dengan bahan hiasan dan bahan goring.

KUIH CARA MANIS

BAHAN-BAHAN

100g tepung gandum

200ml susu/santan + jus daun pandan yang pekar

1biji telur

garam

INTI:

2camb gula pasir

CARA

  1. Sediakan batter dengan menggunakan telur,santan/susu,garam dan jus pandan.
  2. Rehatkan sebentar.
  3. Panaskan acuan atas dapur,lenserkan lemak,masukkan batter dalam acuan biarkan sekejap.
  4. Masukkan inti-1/2 camt gula pasir di tengah kuih cara dan tutupkan acuan.
  5. Angkat bila masak.

KUIH CARA BERLAUK

BAHAN-BAHAN

100g tepug gandum

200ml susu/santan + pewarna kuning

1biji telur

garam

INTI:

50g udang hidup/daging cincang

1ulas bawang merah

½ ulas bawang putih

1camt rempah kari daging-jadikan pes

sehiris halia

1camb minyak

HIASAN:

½ cili masak-dadu halus

1helai daun bawang-mayang halus

CARA

  1. Sediakan batter dengan mengadun telur,santan./susu,pewarna kuning dan garam.
  2. Rehatkan sebentar.
  3. Panaskan minyak,tumis bawang merah+bawang putih serta masukkan rempah kari,kacau hingga garing.
  4. Masukkan daging,garam,gula,sesuaikan rasa.Masak hingga kering dan angkat.
  5. Panaskan acuan atas dapur,lenserkan lemak,masukkan batter dalam acuan.
  6. Masukkan inti dan hiasan di atasnya.
  7. Angkat apabila masak.

KUIH DADAR MANIS

BAHAN-BAHAN

125g tepung gandum

220ml air + 1 camca sedang jus daun pandan yg pekat

1 biji telur

sedikit garam

sedikit pewarna hijau

1 camca besar minyak untuk menggoreng

INTI KELAPA:

¼ biji kelapa parut putih

½ keping gula melaka-dicincang

½ camca teh tepung kanji+1 camca teh air

secubit garam

1 camca besar gula pasir

1 helai daun pandan

CARA

  1. Cairkan gula melaka dan gula pasir.Masukkan garam,kelapa dan daun pandan.
  2. Masak seketika,masukkan bancuhan tepung kanji dan masak lagi sehingga kering.
  3. Angkat dan sejukkan di dalam pinggan.
  4. Sediakan batter dengan mengadun telur,air,garam dan jus pandan.
  5. Rehatkan sebentar.
  6. Panaskan kuali leper atas dapur lenserkan minyak,masukkan ¾ batter ke dalam kuali leper.Angkat kuali dan pusingkan supaya batter sama rata.
  7. Biarkan masak sehingga lekang dan sedikit kekunigan di bahagian bawahnya.
  8. Angkat dan letakkan dadar di atas dulang.
  9. Letakkan inti di tengah dadar secara memanjang,lipat sedikit pada kedua belah tepinya dan gulung dengan kemas
  10. Hidangkan.

KUIH LAPIS

BAHAN-BAHAN

85g tepung beras kering

25g tepung sagu ubi

135ml santan}

270ml santan kemancar }drpd ½ biji kelapa

110g gula pasir

1 helai daun pandan

garam

pewarna merah

esen ros/pandan-jika perlu

gunakan loyang 17 ½ cmx17 ½ cm

CARA

  1. Bancuhkan kedua-kedua tepung dengan santan pekat
  2. Masukkan sirap kacau hingga sebati
  3. Tapis dengan kain maslin.
  4. Bagi adunan kepada dua bahagian,merah dan putih
  1. Panaskan loyang didalam pengukus & masukkan sesenduk adunan putih ke dalam loyang.
  2. Apabila masuk pula adunan merah hingga masak.
  3. Ulang hingga habis.
  4. Lapis yang akhir hendaklah berwarna merah samar yg lebih tua daripada lapisan merah samar yang lain.
  5. Bila masak biarkan betul-betul sejuk sebelum dipotong.

KUIH LAPIS NYONYA

BAHAN-BAHAN

100 g tepung beras

100 g tepung sagu

200 g gula pasir

360 ml santan pekat }

250 ml santan cair } dari 1 biji kelapa

pewarna hijau

pewarna kuning

CARA

  1. Menyediakan batter:

a) Ayak semua tepung. Larutkan gula ke dalam santan cair dengan memanaskannya suam-suam.

b) Buat lubang di tengah tepung dan masukkan cecair gula sedikit demi sedikit kemudian masukkan kesemua santan segar.

  1. Menyediakan kuih lapis:

a) Bahagikan batter kepada 3 bahagian.

b) Bahagian pertama warnakan kuning, bahagian kedua warnakan hijau dan bahagian ketiga biarkan putih.

  1. Mengukus kuih

a) Panaskan loyang di dalam pengukus yang telah mendidih airnya.

b) Masukkan 3 camca besar lapisan putih dan kukus sehingga masak.

c) Masukkan 3 camca besar lapisan kuning dan kukus lagi.

d) Masukkan 3 camca besar lapisan hijau hingga masak, lakukan seterusnya sehingga ke semua batter habis.

  1. Menghidang

a) Hidangkan di atas pinggan bulat berlapiskan daun pisang.

KUIH KASUI

BAHAN-BAHAN

120 g tepung gandum

140 ml sirap ( daripada 150g gula melaka + 20 g gula pasir + 2 camca besar air dan 1 helai daun pandan )

140 ml air sejuk

140 ml air panas

¼ camca teh kapur sirih bancuh dengan 3 camca sedang air

4 camca besar kelapa parut putih gaul dengan sedikit garam halus

CARA

  1. Panaskan pengukus. Buat sirap dan tapis
  2. Bancung tepung dengan air sejuk, sirap dan kacau rata. Masukkan air panas dan air kapur. Jika bergentel tapiskan.
  3. Panaskan loyang dalam pengukus.
  4. Masukkan adunan dan kukus sehingga masak.
  5. Biar betul-betul sejuk barulah dipotong
  6. Tabur kelapa dan hidangkan

KOLEH KACANG

BAHAN-BAHAN

¼ cawan tepung kacang hijau.

¾ - 1 bji kelapa parut – dapatkan 125 ml pati dan 375 ml kemancar

60 g gula melaka }

30 g gula pasir } dimasak menjadi sirap

1 helai daun pandan}

125 ml air

sedikit garam

sedikit daun pisang – alas piring

Tahi minyak - hiasan

125 ml santan pekat

½ biji kuning telur – pukul rata

pewarna kuning - jika suka

CARA

  1. Sediakan tahi minyak

a) Pukul telur sedikit, masukkan pati santan, jerang dan masak di atas api sederhana kuat. Kacau sekali sekala hingga pekat dan bergentel dan keluarkan minyaknya.

b) Angkat dan asingkan tahi minyak dari minyaknya. Minyaknya digunakan untuk sapru di atas koleh.

  1. Masakkan sirap gula melaka hingga pekat sedikit. Angkat dan tapis dengan kain maslin.
  2. Bancuh tepung kacang dengan santan kemancar dan bubuh secubit garam.
  3. Masukkan sirap gula melaka dan kacau rata.
  4. Jerang dan masak adunan koleh dalam periuk tebal. Sentiasa kacau hingga pekat.
  5. Angkat dan tuangkan di dalam piring yang beralas daun pisang. Ratakan permukaannya dengan daun pisang atau belakang camca besar yang dicelup dalam minyak.
  6. Taburkan tahi minyak di atas kuih koleh.

LEPAT UBI

BAHAN-BAHAN

1 buku ubi kayu sederhana – parut dan perah, buang airnya.

60 g gula pasir

30 g hula melaka

3 camca besar kelapa parut putih

sedikit garam

8 helai daun pisang berukuran 17.5 cm x 12.5 cm

CARA

  1. Jerang air pengukus.
  2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk adunan dan sebatikan.
  3. Ratakan memanjang, 1 camca besar adunan ubi atas daun pisang.
  4. Lipat seperti lepat pisang,
  5. Kukus selama 15 – 20 minit
  6. Sejuk dan hidangkan.

KUIH BAKAR

BAHAN-BAHAN

3 biji telur

100 g gula pasir

15 g mentega cair

santan pekat – 100 ml } campur 2 cawan

100 ml air }

pewarna hijau – 3 titik

2 titik perasa pandan

secubit garam

1 camca besar bijan

Persediaan awal:

Gris acuan tembaga dengan minyak, alas dengan kertas minyak, ayak tepung, ketuhar dipanas dan acuan dipanaskan. Goreng tanpa minyak bijan.

CARA

  1. Kacau telur dengan gula dan enjut hingga kembang. Masukkan tepung gandum, kacau rata.
  2. Masukkan mentega cair, garam, perasa, pewarna dan santan. Tapiskan adunan, baru dituang ke dalam acuan adunan. Bakar di dalam ketuhar bersuhu sederhana iaitu 160 C selama 45 minit.
  3. Kecilkan suhu ketuhar, masak lagi 15 minit.
  4. Keluarkan acuan dari ketuhar dan sejukkan acuan.
  5. Potong dan hidangkan.

NAGASARI

BAHAN-BAHAN

500 ml santan

60 g tepung beras

5 biji pisang raja

1 camca teh gula pasir

CARA

  1. Tepung beras dibancuh dengan santan. Bubuh sedikit garam dan kacau seperti som-som di atas api perlahan.
  2. Daun pisang dilayur.
  3. Masukkan 1 camca teh adunan som-som dalam daun pisang dan sedikit gula serta pisang. Tutup lagi dengna som-som dan bungkus.
  4. Kukus hingga pisang masak.
  5. Lap bungkusan daun pisang dan hidang.

KUIH BAKAR PISANG

BAHAN-BAHAN

500 g pisang – buang kulit dan lecek

105 g gula pasir

300 ml santan daripada ½ biji kelapa

1 camca teh rata garam

110 g tepung gandum

CARA

  1. Gaulkan pisang lecek dengan gula.
  2. Masukkan tepung dan kacau rata.
  3. Masukkan garam dan santan, kacau sebati dan gaul rata.
  4. Linsirkan acuan dan bakar sehingga masak.

PUTERI DUA SEBILIK

BAHAN-BAHAN

Doh:

150 g tepung pulut

100 ml air

8 helai daun pisang

Inti:

¼ kelapa parut putih

½ keping gula melaka

1 camca besar gula pasir

2 camca besar air

½ camca teh tepung gandum

1 helai daun pandan

Batter:

60 g tepung beras

500 ml santan – ½ biji kelapa

sedikit garam

1 helai daun pandan

CARA

  1. Cairkan gula dan gula melaka yang diracik dengan 2 camca besar air dalam periuk.
  2. Masukkan kelapa dan daun pandan.
  3. Masukkan tepung jagung dan angkat.
  4. Campurkan air ke dalam tepung pulut dan gaul sehingga dapat doh yang lembut.
  5. Bahagikan kepada 16 bahagian.
  6. Ambil satu bahagian doh, golekkan doh membulat, buat lubang pada doh dan masukkan inti. Tutup inti dan golek semula untuk membentuk bulat. Ulangi sehingga habis.
  7. Tepung beras dibancuh dengan santan dan ditapis. Bubuh sedikit garam dan kacau seperti som-som hingga pekat.
  8. Layurkan daun pisang dan lapkan.
  9. Masukkan 1 camca besar adunan som-som di atas daun pisang dan kemudian letakkan 2 doh berinti. Ambil 1 camca teh som-som, tutupkan bahagian doh yang kelihatan dan bungkus dengna daun pisang itu.
  10. Kukus hingga masak antara 20 – 30 minit di atas api yang sederhana.
  11. Lap bungkusan daun pisang dan hidangkan.

KACAU KELEDEK

BAHAN-BAHAN

300 g keledek kuning – dikupas dan dihiris bulat, kukus dan lecek

2 biji telur ayam kecil

140 g gula pasir

2 helai daun pandan

¾ biji kelapa parut putih – perah 350 ml santan

30 g tepung pulut kering – jika perlu

esen kuning

sedikit air mawar

CARA

  1. Sedaikan keledek.
  2. Masukkan telur, gula pasir dan daun pandan ke dalam mangkuk adunan dan kacau dengansenduk kayu hingga gula larut.
  3. Masukkan pati santan sedikit demi sedikit dan tapis.
  4. Bancuhkan campuran santan sedikit demi sedikit dan tapis.
  5. Bancuhkan campuran santan bersama keledek hingga rata, tapiskan dengan penapis kasar jika perlu.
  6. Masukkan tepung pulut dan sedikit pewarna kuning
  7. Kacau sentiasa di atas api yang sederhana hingga cukup masak dan pekat. Bubuh air mawar, angkat dan hidangkan.

Cara Menghidang:

  1. Tekan hingga padat ke dalam loyang. Potong megikut suka dan hidang di atas piring.
  2. Ratakan sehingga 1 ½ tebal di atas piring leper dan sepit permukaannya. Carik-carikan dengan garpu di permukaannya atau paipkan menggunakan piping beg ke dalam mangkuk kertas kecil.

ONDEH-ONDEH KELEDEK

BAHAN-BAHAN

1 buku keledek saiz sederhana – rebus sehingga empuk.

30 g tepung ubi

30 g tepung gandum

1 -2 camca besar air pandan pekat

¼ kepng gula melaka – dicincang

½ camca besar gulapasir

3 camca besar kelapa parut – dibuang kulit arinya

sedikit garam

8 helai daun pisang bersaiz 3 inci x 5 inci untuk dibuat kelongsong

CARA

  1. Sediakan keledek. Berus keledek, rebus dengan kulitnya sehingga masak.
  2. Cincangkan gula melaka dan campurkan rata-rata dengan gula pasir untuk dijadikan inti.
  3. Campur dan gaulkan sedikit garam dengan kelapa parut putih rata-rata.
  4. Buangkan kulit keledek da lecekkan keledek dalam mangkuk adunan.
  5. Campukan tepung dan air pandan pada keledek yang dilecek. Gaul rata supaya menjadi doh yang kental.
  6. Sediakan air untk merebus dalam periuk. Masak air anggaran ½ periuk.
  7. Gelekkan doh di atas papan canai hingga menjadi sosej panjang dengan diameter ½ inci dan kerat menjadi keratan kecil sama besar.
  8. Bentukkan tiap-tiap sekeping menjadi bulat kemudian ratakannya sedikit dan masukkan adunan gula melaka ke dalamnya, bungkus gula dan golekkannya supaya menjadi bulat semula. Buat seperti ini sehingga habis semua doh.
  9. Masukkan dalam air mendidih sehingga timbul di permukaan air.
  10. Toskan dengan senduk berlubang dan golekkan ke dalam kelapa yang bergaram.
  11. Hidangkannya dalam kelongsong atau bakul daun pisang.

KUIH KERIA PEDAS

BAHAN-BAHAN

140 g keledek parut

secubit serbuk penaik

30 g tepung gandum

20 ml air

30 g kelapa parut

Bahan untuk digiling:

15 g udang kering – direndam

2 ulas bawang merah

½ ulas bawang putih

2 biji cili merah – dibuang bijinya

sehiris lengkuas

sebatang serai

¼ camca teh rata kunyit

CARA

  1. Gaul semua bahan dengan rata melainkan tepung dan srbuk penaik
  2. Masak di atas api sederhana hingga menjadi kental
  3. Uli bahan tersebut dengan tepung dan serbuk penaik sehingga licin dan tidak lekit. Panaskan minyak dalam kuali.
  4. Torak setebal 1 ½ cm dan terap dengan penerap donut.
  5. Bila minyak panas, goreng dengan api sederhana sehingga masak
  6. Tos dan hidangkan.

KUIH KERIA

BAHAN-BAHAN

1 buku keledek sederhana – rebus }

30 g tepung ubu } untuk doh kental

30 g tepung gandum – diayak

1 camca besar air jika perlu

60 g gula pasir

½ kuali minyak untuk menggoreng

CARA

  1. Berus dan bersihkan keledek. Rebus tanpa dibuang kulitnya hingga masak dan empukk.
  2. Buangkan kulit keledek dan lecekkan keledek di dalam mangkuk adunan.
  3. Masukkan tepung dan gaulkan. Tambahkan air jika perlu dan ulikan lagi menjadi doh yang kental.
  4. Gulungkan doh di atas papan canai seupaya menjadi sosej panjang dengan diameter berukuran 2.5 cm dan bahagikan kepada 8 bahagian yang sama besar.
  5. bentukkan tiap-tiap satu bahagian menjadi bulat dan ratakan sedikit. Buatkan lubang di tengah bahagian yang rata dengan hujung jari atau hujung senduk kayu. Kemaskan semula bentuknya.
  6. Ulangi proses yang sama pada bahagian doh selebihnya.
  7. Panaskan minyak anggaran ½ kuali. Sediakan bekas pengetus yang beralas kertas penyerap minyak.
  8. Goreng kuih sehingga kuning dan angkat ke dalam pengetus.
  9. Tapiskan minyak daripada kuali ke dalam periuk.
  10. Gunakan kuali untuk menyediakan gula saduran. Bubuh gula dan air. Masak air gula sehingga betul-betul pekat.
  11. Masukkan kuih ke dalamnya dan gaulkan rata-rata di dalam air gula pekat itu.
  12. Kecilkan api dan terus mengacaunya sehingga air gula berhablur.
  13. Keluarkan dari kuali, sejukkan dan hidangkan dalam pinggan.

KACAU LABU

BAHAN-BAHAN

250 g labu – potong kecil

½ biji kelapa

parut putih – perahkan santan 250ml – 300 ml

125 g gula pasir

2 helai daun pandan

1 camca sedang rata tepung pulut

1 ½ biji telur

CARA

  1. Kisar labu dengan santan
  2. Ramas gula dengan telur serta daun pandan
  3. Masukkan ramuan yang dikisar, campur hingga sebati
  4. Kacau di atas api perlahan hingga cukup pekat.
  5. Angkat dan hidangkan.

CUCUR BADAK

BAHAN-BAHAN

1 biji keledek putih sederhana besar

30 g tepung gandum } diayak

30 g tepung ubi } diayak

¼ camca the garam

minyak untuk menggoreng

Inti:

75 g udang basah

30 g udang kering

2 camca besar kelapa parut putih

2 ulas bawang merah

1 hiris halia

½ biji cili merah

2 biji cili kering } goreng

1 potong kunyit basah } tanpa

½ camca the jintan manis } minyak

½ camca the garam

1 camca the dula

2 camca sedang minyak

2 batang serai

CARA

  1. Siapkan keledek. Bersihkan keledek ( tidak perlu membuang kulitnya ) dan rebus hingga empuk. Bila sudah empuk, tos dan biarkan sejuk.
  2. Siapkan rempah-rempahnya:

a) Goreng cili kering, kunyit dan jintan. Tumbuk rempah yang digoreng sehingga halus.

b) Bersihkan bawang dan serai dan hiris dan ditumbuk lumat. Mayang cili merah

  1. Sediakan bahan intinya. Bersihkan udang, buang kulitnya dan potong dadu. Tinggalkan sebanyak 8 sekor udang ( jangan buang kulitnya ) untuk hiasan. Untuk udang kering, bersihkan dan rendam, dan toskan airnya kemudiah tumbuk sampai halus.
  2. Masakkan intinya:

a) Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan pes rempah yang ditumbuk. Goring hingga berbau. Kemudian masukkan udang, kelapa parut, seraidan bawang yang telah dimayang.

b) Masukkan garam secukup rasa dan goreng sehingga intinya hampir kering. Sejukkan ke dalam pinggan.

  1. Sediakan doh untuk kulit cucur badak.

a) Buangkan kulit dan lecek keledek. Masukkan tepung yang telah diayak dan garam.

b) Uli adunan itu supaya doh sebati dan pejal. Canai doh dan bentukkan doh seperti sosej dan bahaikan kepada 8 bahagian yang sama besar.

c) Canaikan tiap-tiap satu seupaya menjadi bulat dan pipihkan di tengah doh hingga menjadi bentuk sebuah mangkuk. Isikan inti kelapa ke dalam doh ini dan tutup dengan cermat.

  1. Bentukkan kuih itu dari sebelah atas mangkuk dan hiaskan atasnya dengan udang.
  2. Goreng dengan minyak panas sehingga kuning.
  3. Toskan sebelum dihidang dengan pinggan bujur. Hiaskan dengan cili gulung.

TALAM UBI

BAHAN-BAHAN

150 g ubi parut dan perah

50 g gula melaka }dijadikan air gula

25 g gula pasir }dengan 30 ml air

30 ml air

30 ml santan cair

½ camca besar sagu dari ubi diparut

Lapisan atas:

125 ml santan pekat

30 g tepung gandum

½ camca teh garam

CARA

  1. Panaskan pengukus
  2. Masak air dengan air gula dan santan cair serta 1 camca besar sagu dari ubi yang diperahkan.
  3. Masukkan adunan ubi ke dalam loyang anggaran ¼ inci tebalnya dan kukus sehingga masak.
  4. Buat lapisan atas, bancuhkan santan dengan tepung gandum serta garam. Tekapkan atas ubi yang telah masak dengan kain maslin, tuangkan adunan santan tadi anggaran ½ inci tebal, kukus hingga masak.
  5. Angkat dan sejukkan. Potong bentuk wajik.

KUIH KOCI

BAHAN-BAHAN

Dadih:

125 ml santan pekat – daripada ¼ biji kelapa

1 camca besar minyak

1 helai daun pandan

tepung ubi / jagung

garam

Doh:

125 g tepung pulut

100 ml santan cair daripada kelapa dadih

9 helai daun pisang

Inti:

¼ kelapa parut putih

½ keping gula melaka

1 camca besar gula pasir

2 camca besar air

½ camca teh daun pandan

CARA

  1. Cairkan gula dan gula melaka yang diracik dengan 2 camca besar air dalam periuk
  2. Masukkan kelapa dan daun pandan.
  3. Masukkan tepung jagung dan angkat
  4. Campurkan santan ke dalam tepung pulut dan gaul sehingga dapat doh yang lembut.
  5. Bahagikan kepada 8 bahagian
  6. Masukkan inti dalam adunan.
  7. Masukkan adunan yang berinti dalam daun pisang, masukkan dadih dan balut dengan kemas.
  8. Kukus sehingga masak.