Translate Web Page



Thursday, December 07, 2006

BUAH MELAKA

BAHAN-BAHAN

90 g tepung pulut

1 camca besar air pandan

pewarna hijau

Inti:

3 camca besar kelapa parut putih

garam halus

8 helai daun pisang ( 7.5cm x 7.5cm ) untuk dibuat kelongsong atau bakul.

CARA

  1. Potong atau racikkan gula melaka.
  2. Campurkan air pandan dan pewarna hijau dengan secukupnya ke dalam tepung pulut. Gaul rata untuk mendapatkan doh kental.
  3. Sediakan air rebusan.
  4. Gelekkan doh menjadi sosej panjang dengan diameter 12 mm dan potong.
  5. Bentukkan tiap-tiap keping menjadi bulat, bentukkan lubang dan masukkan inti di tengah.
  6. Tutup inti dan golekkan menjadi bulat semula.
  7. Msukkan ke dalam air rebusan yang mula mendidih dan angkat apabila ia timbul di permukaan air.
  8. Toskan dan golekkan dalam kelapa parut.
  9. Masukkan dalam kelongsong dan hidangkan.

Friday, September 29, 2006

PULUT PANGGANG










BAHAN-BAHAN

170 g beras pulut – rendam semalaman

½ biji kelapa parut ( diambil 2 camca besar untuk inti, bakinya ambil 135 ml santan)

½ camca teh garam

2 helai daun pandan

8 helai daun pisang ( bersaiz 15 cmX13 cm setiap satu)

16 batang lidi yang panjangnya 2.5cm setiap satu

Inti:

60 g udang hidup – cincang halus

10 g / 1 camca besar udang kering – tumbuk halus

2 camca besar kelapa parut putih

1 ulas bawang putih }

4 ulas bawang merah }

½ batang serai dihiris halus } kisar halus

½ camca teh rata jintan manis }

2 biji cili merah }

serbuk kunyit

2 camca teh gula pasir

1 camca besar minyak

garam secukup rasa

CARA

  1. Panaskan pengukus
  2. Alas loyang dengan daun pandan, masukkan pulut yang telah ditoskan. Masukkan santan dan garam.
  3. Kukus pulut hingga masak dan lembut.
  4. Panaskan minyak, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dn goreng hingga agak kering.
  5. Masukkan kelapa dan bahan perasa. Goreng lagi sehingga hampir kering. Sesuaikan rasa dan angkat.
  6. Bahagikan pulut keapda 6 – 8 bahagian.
  7. Letakkan satu bahagian pulut atas daun pisang, leperkan dan letakkan intinya secara memanjang. Gulungkan ketat dengan semat kedua-duanya dengan lidi.
  8. Buat begitu hingga pulut habis.
  9. Grilkan sehingga garing
  10. Hidangkan selepas dikemaskan dengan menggunting daun dikedua-dua belah.

PULUT INTI


BAHAN-BAHAN

180 g beras pulut – direndam semalaan atau selama 6 jam

½ biji kelapa parut – diperah 250 ml santan

½ camca the garam

8 helai daun pisang yang dilayur bersaiz 15cm X 20cm

Inti:

½ biji kelapa parut putih – kelapa yang dibuang kulit arinya

¼ keeping gula melaka – diracik

30 g gula pasir

2 camca besar air

1 helai daun pandan

CARA

  1. Masak air anggaran ½ periuk pengukus.
  2. Basuh pulut dan toskan. Masukkan dalam dulang pengukus. Kacau selama 10 minit.
  3. Masukkan santan dan kacau rata. Kukus lagi hingga pulut masak selama kira-kira 20 – 25 minit.
  4. Sediakan inti kelapa. Cairkan gula di atas api sederhana agar tidak hangus.
  5. Masukkan kelapa dan daun pandan. Masak hingga adunan lembut dan kering.
  6. Keluarkan dari kuali dan biarkan ianya sejuk.
  7. Sediakan kuih. Senduk 1 camca besar ulut ke atas daun pisang. Bubuh 1 camca teh inti ke atas pulut. Bungkuskan kuih itu. Ulang hingga pulut dan intinya habis. Gunakan acuan lompang. Letakkan sedikit daun pisang. Letakkan inti dan amsukkan pulut.
  8. Tarik keluar daun pisang bersama pulut dan inti.
  9. Hidangkan dalam pinggan hidang.

SERI MUKA


BAHAN-BAHAN

Lapisan pulut:

170 g beras pulut – rendam semalaman

1 biji kelapa parut putih – ambil 180 ml pati santan dan 145 ml santan kemancar

2 helai daun pandan

sedikit garam

Lapisan atas:

40 g tepung gandum

165 g gula pasir

180 l pati santan

3 biji telur

35 ml air daun pandan pekat

CARA

  1. Panaskan pengukus.
  2. Masukkan pulut ke dalam loyang bersama santan cair, garam dan daun pandan. Kukus sehingga pulut masak. Tekan dan kukus semula.
  3. Kacau gula dan telur sehingga sebati dan masukkan santan
  4. Kacau hingga gula larut dan masukkan tepung. Masukkan air pandan dan kacau rata.
  5. Apabila sebati tapis adunan dengan kain maslin.
  6. Masukkan ke atas bahagian pulut yang telah ditekan dan kukus lagi.
  7. Pastikan api kukusan agark sederhana besar.
  8. Kukus sehingga lapisan atas tidak goyang lagi.
  9. Biarkan sejuk barulah dipotong.
  10. Hidangkan.

KUIH KELADI

BAHAN-BAHAN

125 g tepung beras

50 g tepung ubi

½ biji keladi sederhana besar

5 biji bawang merah

1 camca teh bijan

1 liter air

1 pokok daun bawang

1 camca besar lobak asin cincang

3 biji lada merah

1 camca besar udang kering

2 camca besar kacang ditumbuk

garam

minyak

CARA

  1. Basuh semua sayuran, timbang tepung
  2. Potong dadu keladi
  3. Potong daun bawang, hiris bawang, lobak asin, cincang cili dan udang kering.
  4. Goreng kacang, bijan dan bawang
  5. Jerangkan pengukus
  6. Kemudian goring udang kering dan lobak asin hingga berbau wangi
  7. Buatkan batter dan masukkan keladi tadi ke dalam bater dan kacau semula di atas api hingga pekat sedikit.
  8. Kemudian masukkan ke dalam loyang yang panas dan kukus hingga masak.
  9. Hiaskan dengan bawang goreng, daun bawang, lobak asin dan udang kering.

MINUMAN TEMBIKAI BERSODA

BAHAN-BAHAN

½ biji nanas – parut dan ambil jusnya

150 g gula pasir – buat sirap

250 ml air – buat sirap

½ biji tembikai

1 biji limau nipis

½ botol ais krim soda

Hiasan:

Daun pudina

CARA

  1. Keluarkan isi tembikai. Sebahagian darinya dipotong dadu kecil dan sebahagian lagi dikisar untuk jusnya.
  2. Perah jus limau nipis.
  3. Campurkan semua air buah-buahan . masukkan ais krim soda dan sirap yang telah disejukkan. Kacau sebati dan sesuaikan rasa.
  4. Masukkan dalam jag dan sejukkan.
  5. Hiaskan dengan daun pudina.

PUNCH BUAH-BUAHAN

BAHAN-BAHAN

2 cawan air panas

2 cawan air sejuk

¼ cawan nanas dadu

½ cawan orange crush

1 biji jus limau

1 biji jus lemon

2 cawan ais krim soda

2 cawan ais – hancurkan

CARA

Campurkan semua bahan hingga sebati dan hidangkan bersama ketulan ais. Sejukkan.