BAHAN-BAHAN
125 g tepung gandum
½ camct baking powder
1 biji telur
125 ml air
garam
150 g udang sederhana besar – buang kulit dan tinggalkan bahagian ekor sahaja.
1 biji bawang besar – dadu
2 biji cili merah – buang biji dan didadu
1 tangkai daun bawang – dimayang
1 tangkai daun saderi – dimayang
½ kuali minyak untuk menggoreng
Sos cili:
3 ulas cili merah
1 ulas bawang putih
1 cams gula
1 camt garam
½ camt cuka
CARA
- Bersihkan dan potong semua sayuran
- Sediakan batter
a) Masukkan telur di tengah-tengah tepung
b) Masukkan air perlahan-lahan dan kacau rata untuk menjadi batter pekat
c) Masukkan semua bahan kecuali udang
- Panaskan minyak untuk menggoreng.
- Panaskan senduk ke dalam minyak. Angkat senduk, masukkan adunan ke dalam senduk dan letakkan udang di tengahnya.
- Goreng seketika hingga cucur udang lekang dari senduk.
- Sekali-sekala balikkan cucur udang dan goreng lagi dengan api sederhana hingga garing.
- Angkat dan toskan,
- Kisar cili merah dan bawang putih hingga lumat.
- Masukkan di dalam sos pan atau kuali. Tambahkan garam, gula dan cuka,
- Masak hingga mendidih
- Hidangkan cucur udang bersama sos cili atau kuah kacang.