Translate Web Page



Thursday, December 07, 2006

KUIH DADAR MANIS

BAHAN-BAHAN

125g tepung gandum

220ml air + 1 camca sedang jus daun pandan yg pekat

1 biji telur

sedikit garam

sedikit pewarna hijau

1 camca besar minyak untuk menggoreng

INTI KELAPA:

¼ biji kelapa parut putih

½ keping gula melaka-dicincang

½ camca teh tepung kanji+1 camca teh air

secubit garam

1 camca besar gula pasir

1 helai daun pandan

CARA

  1. Cairkan gula melaka dan gula pasir.Masukkan garam,kelapa dan daun pandan.
  2. Masak seketika,masukkan bancuhan tepung kanji dan masak lagi sehingga kering.
  3. Angkat dan sejukkan di dalam pinggan.
  4. Sediakan batter dengan mengadun telur,air,garam dan jus pandan.
  5. Rehatkan sebentar.
  6. Panaskan kuali leper atas dapur lenserkan minyak,masukkan ¾ batter ke dalam kuali leper.Angkat kuali dan pusingkan supaya batter sama rata.
  7. Biarkan masak sehingga lekang dan sedikit kekunigan di bahagian bawahnya.
  8. Angkat dan letakkan dadar di atas dulang.
  9. Letakkan inti di tengah dadar secara memanjang,lipat sedikit pada kedua belah tepinya dan gulung dengan kemas
  10. Hidangkan.

KUIH LAPIS

BAHAN-BAHAN

85g tepung beras kering

25g tepung sagu ubi

135ml santan}

270ml santan kemancar }drpd ½ biji kelapa

110g gula pasir

1 helai daun pandan

garam

pewarna merah

esen ros/pandan-jika perlu

gunakan loyang 17 ½ cmx17 ½ cm

CARA

  1. Bancuhkan kedua-kedua tepung dengan santan pekat
  2. Masukkan sirap kacau hingga sebati
  3. Tapis dengan kain maslin.
  4. Bagi adunan kepada dua bahagian,merah dan putih
  1. Panaskan loyang didalam pengukus & masukkan sesenduk adunan putih ke dalam loyang.
  2. Apabila masuk pula adunan merah hingga masak.
  3. Ulang hingga habis.
  4. Lapis yang akhir hendaklah berwarna merah samar yg lebih tua daripada lapisan merah samar yang lain.
  5. Bila masak biarkan betul-betul sejuk sebelum dipotong.

KUIH LAPIS NYONYA

BAHAN-BAHAN

100 g tepung beras

100 g tepung sagu

200 g gula pasir

360 ml santan pekat }

250 ml santan cair } dari 1 biji kelapa

pewarna hijau

pewarna kuning

CARA

  1. Menyediakan batter:

a) Ayak semua tepung. Larutkan gula ke dalam santan cair dengan memanaskannya suam-suam.

b) Buat lubang di tengah tepung dan masukkan cecair gula sedikit demi sedikit kemudian masukkan kesemua santan segar.

  1. Menyediakan kuih lapis:

a) Bahagikan batter kepada 3 bahagian.

b) Bahagian pertama warnakan kuning, bahagian kedua warnakan hijau dan bahagian ketiga biarkan putih.

  1. Mengukus kuih

a) Panaskan loyang di dalam pengukus yang telah mendidih airnya.

b) Masukkan 3 camca besar lapisan putih dan kukus sehingga masak.

c) Masukkan 3 camca besar lapisan kuning dan kukus lagi.

d) Masukkan 3 camca besar lapisan hijau hingga masak, lakukan seterusnya sehingga ke semua batter habis.

  1. Menghidang

a) Hidangkan di atas pinggan bulat berlapiskan daun pisang.

KUIH KASUI

BAHAN-BAHAN

120 g tepung gandum

140 ml sirap ( daripada 150g gula melaka + 20 g gula pasir + 2 camca besar air dan 1 helai daun pandan )

140 ml air sejuk

140 ml air panas

¼ camca teh kapur sirih bancuh dengan 3 camca sedang air

4 camca besar kelapa parut putih gaul dengan sedikit garam halus

CARA

  1. Panaskan pengukus. Buat sirap dan tapis
  2. Bancung tepung dengan air sejuk, sirap dan kacau rata. Masukkan air panas dan air kapur. Jika bergentel tapiskan.
  3. Panaskan loyang dalam pengukus.
  4. Masukkan adunan dan kukus sehingga masak.
  5. Biar betul-betul sejuk barulah dipotong
  6. Tabur kelapa dan hidangkan

KOLEH KACANG

BAHAN-BAHAN

¼ cawan tepung kacang hijau.

¾ - 1 bji kelapa parut – dapatkan 125 ml pati dan 375 ml kemancar

60 g gula melaka }

30 g gula pasir } dimasak menjadi sirap

1 helai daun pandan}

125 ml air

sedikit garam

sedikit daun pisang – alas piring

Tahi minyak - hiasan

125 ml santan pekat

½ biji kuning telur – pukul rata

pewarna kuning - jika suka

CARA

  1. Sediakan tahi minyak

a) Pukul telur sedikit, masukkan pati santan, jerang dan masak di atas api sederhana kuat. Kacau sekali sekala hingga pekat dan bergentel dan keluarkan minyaknya.

b) Angkat dan asingkan tahi minyak dari minyaknya. Minyaknya digunakan untuk sapru di atas koleh.

  1. Masakkan sirap gula melaka hingga pekat sedikit. Angkat dan tapis dengan kain maslin.
  2. Bancuh tepung kacang dengan santan kemancar dan bubuh secubit garam.
  3. Masukkan sirap gula melaka dan kacau rata.
  4. Jerang dan masak adunan koleh dalam periuk tebal. Sentiasa kacau hingga pekat.
  5. Angkat dan tuangkan di dalam piring yang beralas daun pisang. Ratakan permukaannya dengan daun pisang atau belakang camca besar yang dicelup dalam minyak.
  6. Taburkan tahi minyak di atas kuih koleh.

LEPAT UBI

BAHAN-BAHAN

1 buku ubi kayu sederhana – parut dan perah, buang airnya.

60 g gula pasir

30 g hula melaka

3 camca besar kelapa parut putih

sedikit garam

8 helai daun pisang berukuran 17.5 cm x 12.5 cm

CARA

  1. Jerang air pengukus.
  2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk adunan dan sebatikan.
  3. Ratakan memanjang, 1 camca besar adunan ubi atas daun pisang.
  4. Lipat seperti lepat pisang,
  5. Kukus selama 15 – 20 minit
  6. Sejuk dan hidangkan.

KUIH BAKAR

BAHAN-BAHAN

3 biji telur

100 g gula pasir

15 g mentega cair

santan pekat – 100 ml } campur 2 cawan

100 ml air }

pewarna hijau – 3 titik

2 titik perasa pandan

secubit garam

1 camca besar bijan

Persediaan awal:

Gris acuan tembaga dengan minyak, alas dengan kertas minyak, ayak tepung, ketuhar dipanas dan acuan dipanaskan. Goreng tanpa minyak bijan.

CARA

  1. Kacau telur dengan gula dan enjut hingga kembang. Masukkan tepung gandum, kacau rata.
  2. Masukkan mentega cair, garam, perasa, pewarna dan santan. Tapiskan adunan, baru dituang ke dalam acuan adunan. Bakar di dalam ketuhar bersuhu sederhana iaitu 160 C selama 45 minit.
  3. Kecilkan suhu ketuhar, masak lagi 15 minit.
  4. Keluarkan acuan dari ketuhar dan sejukkan acuan.
  5. Potong dan hidangkan.