BAHAN-BAHAN
170 g beras pulut – rendam semalaman
½ biji kelapa parut ( diambil 2 camca besar untuk inti, bakinya ambil 135 ml santan)
½ camca teh garam
2 helai daun pandan
8 helai daun pisang ( bersaiz 15 cmX13 cm setiap satu)
16 batang lidi yang panjangnya 2.5cm setiap satu
Inti:
60 g udang hidup – cincang halus
10 g / 1 camca besar udang kering – tumbuk halus
2 camca besar kelapa parut putih
1 ulas bawang putih }
4 ulas bawang merah }
½ batang serai dihiris halus } kisar halus
½ camca teh rata jintan manis }
2 biji cili merah }
serbuk kunyit
2 camca teh gula pasir
1 camca besar minyak
garam secukup rasa
CARA
- Panaskan pengukus
- Alas loyang dengan daun pandan, masukkan pulut yang telah ditoskan. Masukkan santan dan garam.
- Kukus pulut hingga masak dan lembut.
- Panaskan minyak, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dn goreng hingga agak kering.
- Masukkan kelapa dan bahan perasa. Goreng lagi sehingga hampir kering. Sesuaikan rasa dan angkat.
- Bahagikan pulut keapda 6 – 8 bahagian.
- Letakkan satu bahagian pulut atas daun pisang, leperkan dan letakkan intinya secara memanjang. Gulungkan ketat dengan semat kedua-duanya dengan lidi.
- Buat begitu hingga pulut habis.
- Grilkan sehingga garing
- Hidangkan selepas dikemaskan dengan menggunting daun dikedua-dua belah.